MP Segambut sumbang bot kepada balai polis bantu mangsa banjir

Oleh ARIF ATAN

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyerahkan sumbangan bot, 10 jaket penyelamat dan 10 topi keledar kepada Balai Polis Sri Hartamas bagi persediaan misi menyelamat jika berlakunya banjir.

“Walaupun saya bukan lagi dalam kerajaan, tapi ini salah satu janji saya semasa kempen PRU 2018 iaitu untuk menjaga kebajikan polis.

“Selagi saya mampu membantu, saya akan usahakan yang terbaik untuk warga Segambut,” katanya menerusi hantaran di Facebook.