MP Sipitang angkat sumpah hari ini

Oleh MALAYSIADATELINE

Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa angkat sumpah jawatan hari ini dihadapan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof. di Kamar Khas Parlimen.

Selepas selsai upacara angkat sumpah, Mohamad Arif mengucapkan tahniah kepada Yamani Hafez kerana telah memenangi kerusi Parlimen Sipitang pada PRU14 lalu.

“Saya yakin Yang Berhormat akan teru laksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan terhormat seperti dituntut institusi ini.

“Oleh demikian, saya harap Yang Berhormat dapat memberikan sumbangan berguna dan berfaedah kepada Dewan Rakyat dan negara dengan cemerlang,” katanya ketika berucap di majlsi angkat sumpah yang diadakan hari ini.

Bulan lalu Mohd Ariff memberi amaran terakhir kepada anak bekas ketua menteri Sabah itu untuk mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen atau beliau akan hilang kelayakan.

Seramai 220 daripada 222 ahli Parlimen mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat, 16 Julai lalu.

Yamani memenangi kerusi Parlimen Sipitang dengan majoriti 852 undi dalam pertembungan 3 penjuru, selepas menewaskan pencabar terdekatnya, Noor Hayaty Mustapha daripada Warisan.

Pada 12 Disember lalu, bekas ketua Umno Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengetuai 36 wakil rakyat dan pemimpin kanan meninggalkan parti itu. Walaupun tidak hadir, Yamani dikatakan turut bersama kumpulan itu meninggalkan Umno.