Muhammad Azeem mampu catat 6.50 saat

Oleh MALAYSIADATELINE

Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi berada dalam landasan tepat untuk merekodkan masa 6.50 saat (s) bagi acara 60 meter (m) pada masa depan.

Keyakinan itu diungkapkan bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad berdasarkan momentum dimiliki jaguh pecut berusia 18 tahun itu yang mempamerkan larian menakjubkan dengan catatan 6.62s pada kejohanan Tiger Paw Invitational, Jumaat lepas sekali gus memecahkan rekod kebangsaannya sendiri.

Saingan final di Universiti Clemson, South Carolina itu menyaksikan Muhammad Azeem yang mewakili Universiti Auburn mencatat 6.62s menamatkan saingan di tempat kelima, sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri iaitu 6.63s pada kejohanan 2023 Texas Tech Open, bulan lepas.

Baca Artikel Penuh