Murid teruja ingatkan dapat ayam goreng McD, sekali buka rupanya roti dengan air je

Oleh KIM SYAZIE

Murid-murid di sebuah sekolah kecewa apabila “goodies” McDonalds yang diterima mereka dalam sebuah program rupanya bukan terisi ayam goreng McD, tetapi roti krim berserta air kotak.

Difahamkan, murid-murid itu menyertai program anjuran sebuah jabatan pendidikan negeri, namun kecewa apabila diberikan kotak yang disangka mengandungi makanan segera itu.

Perkara tersebut diceritakan oleh seorang guru dikenali sebagai Abdul Muiez Mohammad Ruslee menerusi Facebook semalam selepas diceritakan oleh seorang penjaga.

“Saya dihubungi oleh seorang penjaga yang mana anaknya terlibat dalam satu program peringkat negeri yang dianjurkan oleh jabatan negeri xxx (tidak dinyatakan).

“Mula-mula pandang kotak, bukan main riang anak dan kawan-kawannya. Sekali buka, terus berubah muka. Begitulah harapan yang ‘dicapati’,” katanya pada hantaran tersebut seperti dilapor Kosmo!.

Guru tersebut turut berkongsi tangkap layar perbualan bersama penjaga berkenaan mengenai situasi yang berlaku.

“Tak dapat bayangkan jika ada salah seorang daripada kanak-kanak itu yang berharap itu adalah McD sebenar. Harap penganjur lebih prihatin, terima kasih.“

Dia (anak) cerita ada seorang budak tu tadi, berubah betul muka bila buka kotak tu, yang sebelum ini dia nampak amat gembira. Jangan bagi harapan palsu kepada kanak-kanak

.“Harap penganjur ambil iktibar. Sebak Paksu bila anak cerita pasal kawan dia tadi,” kata penjaga itu berdasarkan mesej WhatsApp dihantar kepada Abdul Muiez.

Perkongsian tersebut mendapat maklum balas pelbagai daripada orang ramai, malah guru itu juga menghantar mesej kepada mereka yang berkenaan.

“Saya dah mesej PIC seperti yang ada dalam surat jabatan. Tapi hanya ‘bluetick’,” kata Abdul Muiez.

Sementara itu, pengguna media sosial menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan mereka telah memberi harapan palsu kepada murid-murid tersebut.

“Tak baik dia bagi harapan palsu kat budak, cukup yang dewasa saja terperdaya dengan harapan palsu manusia,” kata Megat Luqman Al Hafiz.

“Tak baik buat budak-budak macam ni. Lagi-lagi kotak tu bertulis ayam goreng. Budak-budak memang ‘excited’ dengan ayam goreng,” komen Amrul Azmi Mizan

.“Tengok kotak ayam tu, macam bukan kotak McD. Macam tukang ‘sponsor’ tu tempah kotak sendiri,” kata Mohd. Satari Hashim.

Baca juga: Beli motosikal harga lebih RM5k, warga emas selamba bawa duit dalam guni sahaja, siap kira atas tanah lagi