Pengacara terkenal, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan gelaran Kak Lina Pom Pom mengejutkan peminat dan pengikutnya apabila menarik diri sebagai pengacara program All Stars Gegar Vaganza.
Pengunduran Kak Lina tidak diberi alasan spesifik namun difahamkan, stesen televisyen Astro memaklumkan ia disebabkan hal peribadi.
Pengacara itu mengemukakan permohonan maaf kerana tidak dapat meneruskan tugasnya dengan keluarga besar Gegar Vaganza bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

“Kak Lina ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong Kak Lina sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. Sesungguhnya Kak Lina amat menghargainya.
“Insya-Allah, kita doakan rancangan All Stars Gegar Vaganza terus berjaya dan Kak Lina berharap agar peminat-peminat kekal menyokong semua bintang GV yang bertanding,” kata Kak Lina.
Pengumuman itu turut mengejutkan rakan setugasnya Nabil Ahmad.
Nabil berkata dia hanya mengetahui perkara itu selepas membaca artikel menerusi Instagram dan agak sedih dengan keputusan yang dibuat Kak Lina.
“Saya pun baru saja tahu bila tengok Instagram ada berita fasal Kak Lina undur diri… katanya sebab peribadi. Saya sendiri tak tahu apa-apa… jadi tak tahu nak komen apa, tak terkata.
“Dia pun tak ada hubungi saya atau berkata apa-apa mengenai keputusan itu. Minggu lalu kami bekerja pun macam biasa saja. Bila dapat tahhu berita ini, tertanya-tanya juga… macam mana ini kan.
“Agak sedih bila tahu sebab yalah tahun lalu kami sama-sama hos dan tahun ini baru tiga minggu bekerjasama. Mungkin Sabtu ini baharu pihak produksi kongsi cerita,” katanya memetik Gempak
Baca juga: “Budak tu ada darah berbeza, tak sama macam manusia” – Wanita disihir sampai mengandung ‘benih’ jin