Nafi ikut rombongan mencari telur, Saravanan cuma tumpang ‘buggy’ Mat Sabu

Oleh KIM SYAZIE

Datuk Seri M Saravanan menafikan dakwaan bahawa beliau menyertai rombongan Mohamad Sabu ke India untuk menemui pembekal telur ayam.

Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC berkata, tujuannya ke negara republik itu adalah untuk mengikuti upacara sembahyang.

Beliau berkata demikian setelah gambarnya bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu disebarkan oleh sebuah blog.

Namun begitu, Saravanan mengakui beliau menuju ke India dengan menaiki kapal terbang yang sama dengan menteri itu.

Secara kebetulan, Saravanan turut menumpang ‘buggy’ menteri yang lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu itu selepas mendarat di Chennai.

“Mereka mempunyai kereta buggy yang terhad. Selepas mendarat, kami semua perlu berkongsi kenderaan yang sama kerana laluan pejalan kaki agak jauh.

Baca Artikel Penuh