Bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin didakwa cuba mencari helah untuk lari dari tanggungjawab apabila seolah-olah menafikan bahawa beliau yang melantik Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak Dr Abdul Aziz Bari berkata, Mahiaddin tidak atau atau sengaja tidak mahu tahu apa yang tersirat di sebalik konsep bertindak mengikut nasihat yang terkandung di b awah Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.
Di mana katanya, peruntukan tersebut mewajibkan perdana menteri dan semua anggota kabinet memikul tanggungjawab kerana mandat daripada rakyat untuk memerintah berada di tangan mereka bukan di tangan Yang Di-Pertuan Aging atau perkhidmatan awam.
“Mahiaddin menyebut Yang Di-Pertuan Agong, Ketua Setiausaha Negara dan prosedur pelantikan untuk mengukuhkan dalilnya,” kata beliau.
Sebelum ini, katanya Mahiaddin dan konco-konconya berperi-peri mengatakan YDPA perlu bertindak atas nasihat kerajaan hatta dalam beberapa isu yang ada keraguan di dalamnya .
“Tetapi sekarang dalam perkara yang jelas dan tiada keraguan di dalamnya Mahiaddin cuba mencari helah.
“Semoga rakyat tidak lupa dengan pihak yang tidak bertanggungjawab seperti ini,” katanya dalam kenyataan.
Beliau memberi respons kepada kenyataan Mahiaddin yang menafikan beliau memilih Tan Sri Azam Baki untuk dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.
Sebaliknya Muhyiddin menjelaskan, Ketua Setiausaha Negara yang mencadangkan pelantikan Azam dan ia dibuat selepas diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong.