Nafi menunjuk-nunjuk beli kereta mewah, Zizan Razak hanya tunaikan impian ibu

Oleh MAISARAH AISYA

Bila anak-anak sudah ada duit banyak maka pastinya kita akan cuba sedaya upaya memenuhi permintaan ibu bapa yang sudah membesarkan kita tanpa mengeluh.

Samalah seperti pelakon dan pelawak, Zizan Razak yang menafikan bahawa dia sengaja menunjuk-nunjuk hadiah mewah diberikan kepada ibunya, Anai Ibrahim.

Zizan dalam satu temu bual bersama satu program hiburan memaklumkan dia hanya memenuhi impian ibunya untuk memiliki kereta Mercedes Benz.

“Saya takut sangat nak cakap pasal harga kereta tu. Pada saya bukan harga dan kereta, yang penting, saya takut jadi riak bila bercakap tentang hal ini.

“Tapi salah satu sebab saya beli kerana ibu saya sudah lama mengidamkan kereta itu. Memang dia nak kereta model itu.

“Material bukan keutamaan untuk hiburkan atau buat ibu bapa kita tersenyum. Pada saya buat apa sahaja, janji mereka gembira,” kongsinya menerusi sebuah program hiburan.

Duit bukan segalanya

Baginya duit atau nilai bukanlah segalanya, yang penting kegembiraan yang terpancar di wajah ibunya itu paling bermakna.

“Masa saya hadiahkan kereta itu, saya nampaklah riak wajah ibu menangis apa semua, terharu sangat dapat realisasikan impian dia.

“Pesanan saya juga untuk mereka di luar sana, selagi ada ibu bapa jagalah mereka sebaik baiknya.

“Doa ibu sangat luar biasa, percayalah,” ujarnya.

Kadang-kadang ibu bapa ini kita belikan nasi berlauk sahaja pun mereka sudah gembira kerana itu pemberian anak, walaupun sedikit dan kecil hargailah mereka.

Baca juga: Kerap ‘post’ gambar tanpa solekan, model terkenal era 90-an naik angin netizen bandingkan dengan kecantikan artis lain