Insiden kapal terbang Air India terhempas semalam menyaksikan hanya seorang sahaja penumpang terselamat. Lebih 200 penumpang termasuk anak kapal semuanya meninggal dunia.
Memetik dari akhbar hindustan times, seorang mangsa terselamat dikenali sebagai Vishwash Kumar Ramesh, 40, menceritakan detik cemasnya itu dari hospital tempat dirinya dirawat.
“Tiga puluh saat selepas berlepas, saya dengar bunyi kuat dan pesawat terhempas.
“Apabila saya sedar, saya melihat mayat di sekeliling. Saya ketakutan. Saya bangun dan lari. Serpihan pesawat berada di mana-mana.
“Seseorang menarik saya, meletakkan saya dalam ambulans dan membawa saya ke hospital,”
Pesawat Boeing 787 Dreamliner itu membawa 169 warga India, 53 rakyat Britain , 7 warga Portugal dan seorang warga Kanada tatkala ia terhempas di kawasan perumahan berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad di negeri Gujarat.
Menurut Air India, penerbangan AI171 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad menuju ke Lapangan Terbang Gatwick London pada jam 1.38 tengah hari waktu tempatan.
baca: anwar disebut di india