Rakyat Malaysia yang berhajat untuk membeli beras tempatan disuruh menunjukkan kad pengenalan masing-masing, kata laporan NST. Mengikut laporan NST, banyak pasaraya dan kedai di bandar kini meminta bukti kerakyatan untuk membeli beras tempatan.
Langkah ini bagi mengelakkan warga asing menikmati subsudi yang diberi khusus untuk rakyat Malaysia sahaja pada beras tempatan.
Malah ada juga pasaraya yang menghadkan pembelian untuk satu kampit beras sahaja untuk satu keluarga.
Memetik dari portal thevocket, seorang peniaga yang dikenali sebagi Sharon Pooi berkata dia akan memastikan beras tempatan tidak boleh dibeli oleh warga asing.

”Kami memeriksa MyKad setiap pelanggan untuk memastikan beras ini tidak dibeli oleh warga asing. Di kedai saya, pembelian dihadkan kepada dua beg beras putih tempatan bagi setiap keluarga,’ jelasnya.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada februaru lalu telah mengumumkan bahawa sejumlah 24 juta pek beras putih tempatan bersubsidi akan disediakan bermula 1 Mac, dengan harga RM26 bagi setiap 10kg.