“Nak grill pintu berkilat semula? Cuba cara ni, tak sampai 5 minit dah siap!

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi yang memasang grill di pintu, pasti perasan bagaimana ia mudah berkarat apabila terdedah kepada panas matahari dan hujan.

Karat yang timbul bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah buat rumah nampak kurang berseri lebih-lebih lagi bila tiba musim perayaan.

Kalau anda rasa serba tak kena bila tetamu datang dan grill nampak kusam, jangan risau. Ada cara mudah dan jimat untuk hilangkan karat tanpa perlu menyental kuat-kuat.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook Miela Hassan menerusi halaman ‘Tukang Apa Hari Ni’ mengenai cara bersihkan kotoran di besi keluli tahan karat.

Tip bersihkan kotoran di pintu besi

Bahan-bahan:

  • Oven Cleaner Heavy Duty (jenama Ganso)
  • Berus besi (boleh guna atau tak)
  • Kain

Cara-cara:

  1. Sembur ‘Oven Cleaner Heavy Duty’ tu dekat semua besi yang berkarat dan biarkan ia selama 5 minit.
  2. Kemudian boleh sental dengan berus besi lembut tapi kalau takut calar, boleh sahaja lap dengan kain.
  3. Bila dah selesai dan nampak bersih, guna kain untuk lap ia hingga kering, nanti besi nampak bersinar semula.

Pada masa sama netizen turut meninggalkan komen tentang cara mereka membersihkan besi jenis stainless steel ni.

“Boleh guna aluminium foil dengan sabun dan cuci sahaja besi tersebut, senang dan nampak macam baru.

“Spray ni saya kerap guna, harga RM2.40 je, tapi boleh guna dekat macam-macam tempat cuma kena berjaga-jaga, bau dan cecair dia agak kuat,” antara komen pengguna Facebook.

Baca juga: Hamzah Zainuddin tak pasti, minta tunggu Setiausaha Agung jelas isu ibu pejabat PN tutup