Nak ikut trend, wanita menyesal makan ‘donut peach’ lepas masuk kecemasan, minta semua hati-hati

Oleh KIM SYAZIE

Donut peach, ini adalah trend terbaru di media sosial, ramai pengguna yang sanggup pergi ke beberapa kedai demi mencari buah ini.

Sudahlah sukar di cari malah harganya juga mahal namun disebabkan trend, tiada siapa kisah akan harga makanan yang mahal.

Buat wanita ini, dia tidak menyangka makan buah tersebut boleh menyebabkan dirinya dikejarkan ke kecemasan.

“Tak semua orang boleh makan, akulah orang itu. Sekali makan dalam 15 minit, terus rasa sebu nak muntah, naik biji-biji gatal sampai kena pergi kecemasan.

“Lepas kena cucuk baru jadi manusia balik, kalau tidak tergaru-garu macam beruk. Ini pengalaman aku makan buah viral.

“Baki buah selebihnya aku suruh suami aku makan,” ujarnya di kapsyen TikTok.

@sherynaaa02

Tak semua orang boleh makan , orang itu adalah aku ๐Ÿ˜ญ sekali makan , dalam 15 minit , sebu muntah2 , naik biji2 gatal2 ๐Ÿ˜ฅ terus kena gi emergency , kena inject baru jadi manusia balik ๐Ÿ˜ข kalau tak inject macam beruk weh dok garu2 ๐Ÿ˜“ ini pengalaman aku makan buah viral , berbaki lagi 3 biji aku nak suruh laki aku ja la makan ๐Ÿ˜‘ sekian luahan dari aku , byeee #donutpeachviral #elergikalahan #emergencycases

โ™ฌ suara asli – ๐™en ๐˜ฝkan ๐™Žad๐˜ฝoy๐ŸŽญ – ๐™en ๐˜ฝkan ๐™Žad๐˜ฝoy๐ŸŽญ

Wanita tersebut turut memaklumkan tidak membeli buah itu dan ia adalah pemberian dari rakannya.

Warganet turut berkongsi pengalaman mereka makan buah peach yang tular itu, kebanyakan hanya beli disebabkan trend sahaja.

“Saya makan dua biji, perut jadi sebu. Dua hari perut penuh angin,” komen Nurul.

“Baru tadi beli, lima biji RM35 sebab nak merasa belilah juga. Lepas makan sebiji, bolehlah, sedap lagi buah epal,” tambah Rei.

“Satu keluarga makan, lepas itu batu-batuk dan demam panas semua, taubat aku weh. Walaupun sudah cuci guna pencuci botol bayi,” ujar pengguna TikTok.

Pada masa sama, wanita tersebut berharap kisahnya dijadikan iktibar dan mengharap orang ramai lebih berhati-hati sebelum mengikut sesuatu trend.

Baca juga: โ€œDah duduk atas kerusi rodaโ€ฆโ€, ramai titip doa buat Datuk M Daud Kilau