Nak jual rumah RM6.5 juta, bekas isteri DDNK minta selesaikan hak dulu

Oleh KIM SYAZIE

Bekas isteri kepada seorang pakar saham negara yang popular dengan tagline ‘Tak handsome tak apa janji kaya’ memohon bekas suami untuk selesaikan haknya sebelum menjual rumah milik mereka.

Apa yang lebih mengejut, bekas isterinya menerusi Facebook, Atielia De Sams memaklumkan bahawa rumah yang mahu dijual itu termasuk dalam kaveat.

Apabila sesuatu kaveat dimasukkan (didaftarkan) ke atas sesuatu hakmilik tanah, maka ianya akan menghalang sebarang urusan daripada berlaku ke atas tanah tersebut.

Maksudnya apabila hak milik anda telah dimasukkan kaveat, maka anda tidak boleh menjual, menggadai atau memajakkan tanah tersebut atau apa juga urusan pindahmilik kepentingan sehinggalah kaveat tersebut dikeluarkan atau secara automatik tamat tempoh.

rumah

“Siapa bagi kebenaran untuk jual? Saya dah kaveat tanah ni dan saya tak setuju pun untuk jual.

“Boleh ke jual tanah yg telah di Kaveat? Agak-agaklah nak jual pun.

Baca Artikel Penuh