Sudah lumrah manusia, kebanyakkan wanita yang sudah berumah tangga pasti mahu merasai pengalaman hamil secepat mungkin.
Namun realitinya, bukan semua pasangan suami isteri di muka bumi ini dikurniakan rezeki untuk mendapatkan anak dengan segera.
Menanti kehadiran anak selama empat tahun melayari bahtera rumah tangga, itulah yang dialami oleh seorang wanita sebelum disahkan hamil.
Gembiranya bukan kepalang, penantian wanita itu akhirnya bertemu titik noktah apabila berjaya mendapatkan anak setelah sekian lama berusaha.
Mengundang sebak, wanita itu turut berkongsi kebahagiaan yang dinikmatinya itu bersama rakan sekerjanya.
Sempat dirakam, suasana mengharukan itu dikongsi oleh sahabat wanita berkenaan menerusi rakaman yang dimuat naik di laman TikTok.
Tanpa memberi petunjuk, wanita yang baru hamil itu menyampaikan khabar gembira berkenaan dalam bentuk ‘suprise’ atau kejutan.
Mengundang pilu, kesemua rakannya terlihat terharu apabila wanita itu akhirnya memaklumkan bahawa dirinya sudah mengandung.
Tidak lupa mengucapkan tahniah, rakan sekerjanya segera menghampiri dan memeluk wanita yang sudah menanti zuriat selama empat tahun itu
“Tahniah sayang. Kita suprisekan dia, dia suprisekan kita balik. Empat tahun pernantian,” tulis keterangan video tersebut.
Berkongsi rasa sebak, rata-rata pelayar TikTok mengakui tersentuh dengan rakaman video yang mendapat tontonan sebanyak 133,000 pengguna itu.
“Bahagian dia kata mengandung itu bukan mereka sahaja sebak dengar, termasuk aku. Semoga Allah permudahkan segala urusan,”kongsi seorang pengguna.
“Nangis juga tengok, enam tahun TTC (Trying to Conceive atau berusaha untuk hamil). Doakan saya juga dapat merasa saat-saat seperti ini.” Pinta seorang penonton.
Baca juga: Jualan tiket balik Kelantan belum dibuka, pengusaha bas nafi dakwaan Ahli Parlimen PAS