Mesin basuh ni kalau rosak boleh cecah ratusan ringgit untuk baiki sahaja, nak beli baru pula rasa mahal sangat.
Tapi kalau pandai jaga, boleh digunakan lebih 10 tahun, bila rosak pun puas hati nak gantikan ia dengan yang baru.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Nur Fatimah tentang cara untuk menjaga mesin basuh agar tak cepat rosak.
Tip jaga mesin basuh
1. Jangan basuh banyak sangat dalam satu masa
Tak perlu bebankan mesin dengan terlalu banyak pakaian setiap kali membasuh. Ikut cadangan dikeluarkan pengeluar mesin.
2. Tutup suis soket
Sesekali matikan suis soket lepas guna. Sebab terlalu lama dalam keadaan stanby computer board akan menjadi smakin panas. Lepas keluarkan baju maka matikan suis soket.
3. Masukkan air panas sebulan sekali
Dalam sebulan sekali masukan air panas dalam kira-kira lepas 5 minit kemudian dijerang ke dalam tub mesin.
Hidupkan mesin dalam jumlah mode basuhan minima bagi mencuci tub dan saluran buang air. Elak tersumbat yang boleh merosakkan injap buang.
4. Sentiasa pantau belting
Andai kata putaran mesin semakin lemah daripada sebelumnya bermakna belting telah longgar.
Kalau pandai, ambil spanar tegangkan dibahagian bawah mesin. Jika tidah upahlah sesiapa. Kos upah biasanya sekitar RM10 ke RM20 je.
5. Lihat filter jika air perlahan
Jika air masuk semakin perlahan maka buka bahagian paip air masuk, dekat situ ada filter yang mungkin tersumbat.
6. Lihat valve jika air tak keluar dari mesin
Jika air masuk elok tapi air tak boleh keluar, brmakna valve buang air ‘stuck’ mungkin tersangkut duit siling, objek keras atau sebagainya.
Semakin lama dibiarkan boleh merosakkan computer board.
Baca juga: Tukang masak kongsi cara nak bagi ikan bilis sentiasa rangup, jangan ‘skip’ 1 langkah pun!