Aspek kebersihan perlu dititikberatkan bagi penghuni kediaman terutamanya jika tinggal di apartmen, flat mahupun kondominium.
Seorang pengguna Twitter meluahkan rasa jijik selepas terjumpa dengan kondom yang sudah diguna dan dibuang dari tingkat atas bangunan kediaman.
Menerusi ciapan @mimierhmn, dia menasihatkan agar orang ramai tidak membuang kondom menerusi tingkap.
“Jangan la buang kondom dekat tingkap kalau hidup di kondo atau apartment.
“Jatuh atas pokok ni, aku boleh la nak godek-godek bagi masuk plastik tanpa guna tangan.
“Tapi kalau jatuh atas compressor aircond aku, siapa nak kutip?,” soalnya di Twitter.
Sudahlah terpaksa kutip dan buang, wanita tersebut juga menyatakan bahawa kondom tersebut juga berbau.
“Okay semua, ada bau. Tak pasal pasal aku nak kena sembur air dekat pokok aku ni.
“Kalau pokok hiasan takpe lah juga. Ni pokok ajinomoto! Daun ni aku nak buat makan. Yih,” tambahnya.
Rata-rata warganet juga geli melihat warna kodnom dan menasihatkan wanita tersebut untuk cantas sahaja pokok itu.
“Dengan warna macam tu kalau aku cantas je pokok tu, rela aku tunggu pucuk baru.
“Tapi memang kena bagi surat layang takut esok lusa dia buat lagi melayang kondom lain pula,” komen Anne.
“Warna kecoklatan di situ, jadi faham-fahamlah golongan mana punya. Menyusahkan orang dan pengotor. Dah tak ada tong sampah ke dalam rumah,” ujar pengguna Twitter.