Nak perah santan guna kelapa parut? Ini cara betul, dapat banyak dan tak sakit tangan!

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi mereka yang ada mesin parut kelapa di rumah mesti dah terbiasa buat santan sendiri, tapi selalunya ia akan masa dan tenaga.

Bukan senang nak perah santan, kena guna habis tenaga sebab tu ramai memilih guna santan kotak.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Afy AL Habibi tentang cara perah santan menggunakan kelapa parut, resipi ini khas untuk dua biji kelapa.

Buat santan guna kelapa parut (dua biji)

“Perasan tak kalau dibekukan dulu kelapa parut kita tak terus kisar lepas beli, ia akan mengering sikit. Jadi mengecut dan ia ambil masa juga untuk defrost dan kembali asal balik.

“Tipsnya, rendam kelapa parut dengan air panas. Bagi isi kelapa tu mengembang semula. Dengan cara ini juga santannya lebih banyak.”

Cara-cara:

1. Nak mudah masukkan kelapa parut tadi dalam pengisar. Pastikan air menyamai paras kelapa parut. Kisarlah beberapa kali secara on off.

No photo description available.

2. Sebenarnya kalau ada penapis kain yang kita guna untuk buat air teh macam kat kedai tu lagi terbaik. Kalau tak ada ikut je cara cikgu ni. Tuang kelapa yang dikisar tadi ke dalam penapis besi ini.

No photo description available.

    3. Inilah tip yang perlu diikuti. Ramas-ramas seketika kelapa ini. Ikut petua sesetengah orang lama, kelapa diperah menggunakan ibu jari semasa santannya keluar.

    Petua ini untuk mengekalkan santan lebih lama. Relevan ke tidak cikgu tak pasti.

    No photo description available.

      4. Ini hampas kelapa selepas santan diperah. Orang dulu kalau masak dia tak suka tambah air. Nak cairkan kuah mereka akan masukkan juga dari tambahan santan cair. Iaitu ramasan dari kali kedua atau ketiga santan.

        5. Cikgu kisar sekali sahaja kelapa tadi sebab dah guna banyak air. Terpulang kepada kuantiti santan yang kita perlukan okay?

        Nah hasilnya. Santan yang siap dikisar dan diperah. Ngam-ngam pekat dan cairnya.

          6. Untuk pastikan santan betul-betul clear dari hampasnya, cikgu tapis lagi sekali. Kali ini cikgu gunakan penapis teh. Haa tengoklah. Masih ada lagi kan hampas yang mendap sekali dengan santan.

          Boleh buat dua tiga kali.

          No photo description available.

            7. Nak mudahkan pembungkusan, masukkan santan dalam jag. Kemudian perlu sediakan getah dan plastik. Tuanglah santan tadi dalam plastik.

            No photo description available.

            8. Kemudian ikat ketat. Dah siap santan segar buat sendiri! Bolehlah simpan dalam freezer.

            Selamat mencuba.

            Baca juga: Pempengaruh hilang di hutan Bandung ditemui selamat lepas 3 hari, netizen sangsi kejadian benar berlaku