Sebagai ibu bapa pastinya anda ingin menyimpan wang untuk masa hadapan anak-anak, untuk mengurangkan beban mereka apabila besar kelak.
Jika ada ibu bapa yang buntu untuk menyimpan duit anak-anak, tidak kiralah duit raya atau upah yang diberikan kepada mereka kerana membantu anda.
Anda boleh mengikuti tips yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Nur Hafiqah Shamsuri.
Menurut Hafiqah, terdapat lima jenis simpanan yang berbaloi untuk masa depan anak-anak nanti.
TIPS SIMPANAN DUIT RAYA ANAK
1) SIMPANAN EMAS / AKAUN GAP
Emas
Boleh simpan dan buka akaun GAP atau Gold Accumulation Program. Konsepnya kita beli emas melalui akaun emas yang disandarkan 100% dengan emas fizikal.
Beli dan terus tukar ke dalam gram emas di dalam akaun. Setiap kali beli gram emas akan bertambah. Boleh simpan serendah RM100, topup sikit-sikit lama-lama nanti boleh keluarkan secara fizikal seketul terus bila dah cukup.
GAP
Dengan akaun GAP, tidak ada komitmen. Terpulang bila nak simpan dan nak tambah.
Tak semua orang mampu beli 10 gram setiap bulan atau 1 dinar setiap bulan, jadi dengan akaun GAP dapat kumpul emas serendah RM100. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!
2) ASB
Akaun ASB pun kita boleh buka untuk anak-anak serendah deposit rm10 saja.
Dengan purata kadar dividen 5 ke 7 peratus setahun ianya masih relevan untuk menyimpan kat sini. Limit untuk ASB pun telah dinaikkan jadi RM200 ribu setiap individu.
3) Akaun Tabung Haji
Deposit serendah RM10 sebagai permulaan dan boleh daftar haji untuk the junior awal-awal serendah RM1300.
Kadar purata dividen satu hingga dua peratus setahun dam boleh daftar haji awal.
4 ) Akaun SSPN i plus
Bestnya akaun ni sebab dapat nikmati kadar dividen purata empat peratus setahun dan dapat juga pelepasan cukai.
Ia merupakan tabung pendidikan untuk anak-anak dan pelbagai pakej yang ditawarkan di mana ianya termasuk sekali pakej takaful.
5) Simpan melalui SSP Bsn
Saya lebih memilih untuk simpan di sini berbanding simpan tabung warna di mana ianya lebih selamat dan tak mudah hilang duit.
Boleh join contest SSP, Bsn tawarkan macam-macam. Tukarkan dari tunai kepada Sijil serendah Rm10
Duit dibekukan selama 45 hari, lepas tu boleh dah nak bawak keluar semula.
Baca juga: 2 sekolah di Malaysia duduki 10 teratas terbaik dunia