Nak suami cepat kaya? Lelaki kongsi 3 tips yang perlu isteri lakukan, doa paling penting!

Oleh WAN SITI AMINAH

Tidak dapat menafikan bahawa isteri mempunyai peranan penting dalam menjaga keharmonian perkahwinan salah satunya dengan membantu suami mereka menguruskan hal rumah tangga.

Kaum hawa juga perlulah menjadi sistem sokongan yang kuat buat suami supaya mereka tetap bersemangat untuk mencari rezeki khususnya bertujuan untuk menjalani kehidupan selesa bersama anak-anak.

Walaupun isteri dan anak-anak sering disifatkan sebagai pembuka pintu rezeki, namun usaha tetap menjadi faktor paling penting sekiranya pasangan yang sudah berkahwin mahu dilimpahi kekayaan.

Seperti perkongsian dibuat oleh seorang individu dikenali sebagai Shafie Mabror yang memuat naik satu rakaman di platform TikTok mengenai usaha boleh dilakukan pihak isteri jika mahu suami mereka cepat kaya.

Menerusi satu hantaran video berdurasi satu minit 36 saat itu, Shafie memaklumkan bahawa perkongsian tersebut dibuat berdasarkan pemerhatian ataupun diberitahu oleh rakan-rakannya yang meraih kejayaan.

“Para isteri jika nak suami kamu semua cepat kaya, jangan tinggal buat tiga perkara. Perkara yang ketiga merupakan usaha paling ‘berbisa’ kalau dilakukan. Malah boleh jadi ‘penyuntik’ agar suami anda cepat kaya.

“Kalau tak buat, boleh menjadi punca suami anda semua cepat melingkup,” kata pemuda berkenaan di dalam nada berseloroh menerusi video yang berjaya meraih sebanyak 264,700 tontonan daripada pengguna TikTok.

@shafiemabror2

isteri nak suami cepat kaya buat 3 benda ni tengok video ni sampai habis #wanitaberkerjaya #isterisolehah #isterisolehah

♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling

1. Jangan berhenti berdoa untuk suami.

Perkara paling utama yang sepatutnya dilakukan seorang isteri adalah jangan sesekali berhenti berdoa jika mahu suami dilimpahkan dengan rezeki memandangkan doa mereka disifatkan mustajab dan boleh menembusi langit,

“Jadinya jika si isteri itu berdoa apa sahaja dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan, insya-Allah doa itu boleh makbul,” jelasnya dalam rakaman tersebut.

2. Ingatkan suami untuk ziarah ibu bapa dengan kerap

Seorang yang sudah berkahwin perlulah mengutamakan rumah tangga namun situasi ini sedikit berbeza dengan para suami kerana mereka tetap memiliki tanggungjawab terhadap ibu bapanya.

Oleh yang demikian, para isteri perlu menjalani peranan mereka supaya suami tidak melupakan tanggungjawab dengan mengingatkan mereka untuk sering menziarahi ibu bapa.

“Kalau suami itu sudah lama tak balik ke rumah mak dia, jadi kamu sebagai isteri galakkan dia untuk pulang. Ziarah mak atau ayah dia untuk meminta restu dan keredaan daripada mereka,” ujarnya.

3. Tanamkan sikap ikhlas dengan usaha dilakukan suami

Perkara terakhir namun antara paling penting yang boleh dilakukan oleh isteri jika mahu suami kaya dengan cepat adalah dengan mengikhlaskan usaha mereka di dalam meraih kehidupan selesa.

“Jika anda semua tak ikhlaskan usaha yang suami lakukan atau merasa sakit hati, ia boleh menjadi faktor penyebab meraka memiliki banyak cabaran dalam hidup dan sudah untuk berjaya.” Kongsinya.

Baca juga: Jangan senang bagi IC, ini 5 pegawai yang JPN benarkan untuk pegang kad pengenalan anda!