Nampak mudah tapi jarang menjadi? Wanita kongsi resipi roti bakar ala kopitiam, guna 3 bahan sahaja

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi mereka yang sering berkunjug ke kopitiam untuk sarapan pagi mesti selalu terbau roti bakar dipesan pelanggan lain.

Walaupun sekadar roti bakar tapi aromanya berbeza dan kalau dibuat di rumah, jaranglah menjadi.

Bagi peminat tegar roti bakar kopitiam, boleh ikuti perkongsian pengguna Facebook, Elina Shuib di halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

Resipi roti bakar ala Kopitiam

Bahan-bahan:

  • Roti
  • Kaya
  • Butter

Cara penyediaan:

  1. Sapukan kaya pada roti dan letakkan sedikit butter.
  2. Susun di dalam loyang dan bakar selama 2 minit suhu 150. (Jangan terlalu lama, nanti hangit)
  3. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Ini kalau buat untuk sarapan pagi mesti berebut anak-anak, jangankan mereka sahaja, ibu bapa pun sama sahaja nanti.

Kalau nak ‘upgarde’ sikit, boleh sahaja sapukan mentega kacang dan jem strawberri atau letak sahaja coklat untuk anak-anak.

Selamat mencuba!

Baca juga: Senang rupanya nak kupas telur rebus! Guna dua bahan ini sahaja masa tengah masak