Malaysia kehilangan seorang lagi anak seni iaitu Seniwati legenda, Sophia Ibrahim yang meninggal dunia di sebuat pusat rawatan di Ampang semalam.
Pelakon veteran yang berumur 77 tahun itu meninggal dunia kira-kira pukul 7.15 petang dilaporkan mengalami sesak nafas ketika menghadiri program di Hotel Grand Barakah Ampang.
Memetik dari BH Online, pelakon veteran berkongsi jenazah Allahyarham Sophia dijangka dibawa ke Surau Al Hijrah, Taman Bolton, Batu Caves sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, pagi ini.
Perdana menteri pada Ogos lalu sempat menghulurkan sumbangan kepada Sophia bagi menjalani pembedahan mata. Sumbangan disampaikan melalui setiausaha politiknya Farhan Fauzi.
Sophia mula aktif di pentas hiburan sejak era 1960-an. Antara filem lakonannya adalah Dr Rushdi yang diarah dan dibintangi Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada 1970.