Usaha mencari dan menyelamat seorang nelayan, Abdullah bin Md Lazim yang dikhuatiri hilang setelah sampan beliau ditemui oleh nelayan di perairan Kuala Jalan Baru dan Kuala Sungai Pinang pada tengahari Isnin diteruskan seawal jam 7.30 pagi ini, sudah ditemui oleh salah seorang nelayan yang membantu usaha pasukan penyelamat sejak semalam.
Maklumat diperoleh mangsa yang berusia 75 tahun itu ditemui sekitar satu batu dari Kuala Jalan Baru sekitar jam 8.50 pagi tadi oleh nelayan.
Mangsa ditemui dalam keadaan luka dikepala dan mata dipercayai terjatuh itu, dikatakan telah keluar pada jam 5.30 pagi Isnin dengan menggunakan sebuah sampan fiber.
Operasi mencari dan menyelamat(SAR) dihentikan pada jam 6.30 petang semalam dan disambung pada 7.30 pagi tadi, membabitkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Balai Air Putih bersama anggotaKumpulan Keselamatan Nelayan (KESAN) unit Pulau Betong dan Kuala Sungai Pinang telah dimulakan sejurus menerima laporan mangsa hilang.
SAR turut disertai oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis DiRajaMalaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Tumpuan kawasan pencarian pada masa ini di kawasan sekitar perairan mangsa dikatakan hilang.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil turut melakukan lawatan di tempat kejadian malam tadi mengharapkan mangsa yang merupakan seorang ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) PulauPinang Selatan itu, dapat ditemui segera dalam keadaan selamat.
Beliau telah membuat lawatan bersama Pengarah LKIM Negeri Pulau Pinang, Nik Rashid Nik Jusoh ke pusat pencarian nelayan yang dikhuatiri hilang ketika keluar menangkap ikan bagi mendapat gambaran yang lebih jelas.
Faiz turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu dalam usaha pencarian ini.
Nelayan di luar sana disarankan untuk sentiasa berhati-hati ketika keluar menangkap ikan memandangkan pada masa ini keadaan laut agak bergelora selain keadaan cuaca yang tidak menentu.
Dalam masa yang sama, beliau mengingatkan para nelayan agardilaporkan segera sekiranya berlaku sebarang kemalangan di laut, agar bantuan kecemasan dapat disalurkan dengan pantas.
Nelayan juga digalakkan untuk keluar secara berkumpulan selain memaklumkan kepada ketua pengkalan/unit nelayan.