Netizen Indonesia kata Malaysia tempat terbaik untuk sambung pengajian

Oleh KIM SYAZIE

Seorang mahasiswa dari Indonesia berkata, Malaysia adalah negara yang berbaloi untuk melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi.

Dalam satu hantaran di X, individu itu berkata kos pengajian di negara ini lebih berpatutan selain sijil kelulusan boleh digunakan di negara-negara Komanwel.

“Bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti, lebih baik ke kampus di Malaysia sahaja. Kosnya lebih berpatutan. Ijazahnya diterima di negara-negara Komanwel,” katanya.

Di ruangan komen, ramai masyarakat seberang yang bersetuju dengan perkongsian itu, menganggap kos biaya kehidupan di negara ini tidak jauh beza dengan Indonesia.

Mereka menyatakan bahawa kos sara hidup di Malaysia adalah yang paling masuk akal untuk golongan menengah kerana biaya hidup dan pendidikan masih berpatutan.

Malah ada yang mengakui sedang mempertimbang untuk melanjutkan pelajaran ke Malaysia setelah tamat sekolah menengah.

“Yup. Malaysia jadi yang paling masuk akal buat kalangan menengah karena biaya hidup + biaya pendidikan masih terjangkau.

“Kualitas pendidikannya juga okey. Monash, Taylor’s, APU, Griffith, dan lain-lain,” kata @Mufqi_rafif.

“Sebagai lulusan kampus Malaysia, aku setuju,” kata pengguna lain.

Baca juga: Mengalir air mata Noorkhiriah masuk liang lahad, anggap hadiah terbesar dari Allah