Hanya kerana sering bersiaran langsung di media sosial, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dituduh sebagai artis tiada ‘job’.
Biarpun ramai mengetahui Siti atau mesra disapa TokTi itu sudah pun bertaraf jutawan, namun tetap ada suara sumbang yang mempertikai penyanyi kesayangan ramai.
Menerusi perkongsian seorang pengguna X, individu itu mendakwa ada yang mentertawakan Siti hanya kerana sering bersiaran langsung di TikTok dan Instagram.
Namun dia memuji penyanyi itu kerana tetap meneruskan pekerjaannya tanpa mempedulikan kata-kata nista orang lain.
Sementara itu, ciapan pengguna tersebut mendapat perhatian anak tiri Siti iaitu Asyraf Khalid yang mempersoal bagaimana ada yang boleh mengatakan ibunya tiada pekerjaan.
Bahkan katanya, Siti juga tidak sempat berehat kerana konsert dan perniagaan Simplysiti yang diusahakan.
“Macam mana boleh kata Dct (Datuk Siti) tak ada kerja? Tahun ini je dah berapa banyak konsert. Rasa macam Dct tak sempat nak rehat pun, orang boleh kata tak ada kerja.
“Simplysiti is a business and the business needs marketing & promotion too. Nampak lah sibuk macam mana pun, Simplysiti tetap dihati,” balas Asyraf.
Sementara itu ramai lagi yang mempertahankan Siti dengan mengatakan bahawa penyanyi itu kini sudah bergelar jutawan dan tiada apa lagi yang perlu dikejar.
Mereka juga beranggapan ketika ini adalah masa untuk Siti berehat dan melayani peminat kerana dia sudah pun berhempas pulas mencipta nama sewaktu umur belasan tahun.
Baca juga: Semut banyak sangat dalam bekas gula, masukkan bahan ni ‘confirm’ hilang, tak perlu jemur lagi!