Niat nak tolong ibu angkat barang, sekali lelaki ‘ternaik’ kereta api sama

Oleh KIM SYAZIE

Niat seorang lelaki untuk mengangkat beg buat ibunya akhirnya menyebabkan panik buat si isteri yang duduk dalam kereta.

Terkejut si isteri apabila melihat kereta api sudah bergerak. Namun kelibat suami dan anak tidak kelihatan, rupa-rupanya masih berada dalam tren.

Wanita tersebut menerusi TikTok @mrsfarahhana94 memuat naik video ditinggal suami ketika menghantar ibu mentua menaiki tren.

“Hantar mentua naik kereta apa, suami ikut tolong angkat barang sampai ke atas.

“Tiba-tiba suami dengan anak aku ‘ternaik sama’ kereta api,” ujarnya.

@mrsfarahhana94

Gais mmg gila 😂 SUMPAH lawak !! Suami dgn anak anak naik keretapi smpai pasir mas 😂 Nak menghantar mertua je .

♬ original sound – Farah Hana Abdullah – Farah Hana Abdullah

Wanita itu bernasib baik kerana kunci kereta bersamanya namun merasa gusar untuk membawa kereta bersama anak kecil pada waktu malam.

AKhirnya si suami dan anak lain terpaksa turun di Pasir Mas, video ini turut mengundang tawa para netizen.

“Hahhaha kita kena dah sekali di stesen Wakaf Bharu turun Pasir Mas,” komen pengguna TikTok.

“Weh! Hahahaha, macam mana boleh diorang (mereka) naik sekali,” tambah pengguna lain.

“Saya pun sama hantar barang mak naik kereta api, sekali bunyi hon sebab nak jalan, terus terjun turun. Hahaha,” ujar @Awanie.

Baca juga: ‘Imam yang baik’, wanita terima dijodohkan ibu dengan lelaki berusia 63 tahun