Niat pencuri nak pecah masuk rumah terkubur, menggelupur lepas tuan rumah takutkan dengan ular

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya ramai akan merasa takut apabila orang tidak dikenali cuba memecah masuk rumah untuk mencuri.

Kebanyakan akan cuba menghubungi polis namun lain pula ceritanya dengan pemilik rumah yang tular kerana menakutkan pencuri dengan ular

Kejadian tersebut berlaku di Aceh, Indonesia dan tular di media sosial mengenai pencuri yang menjerit ketakutan selepas ditangkap pemilik rumah.

@akuratco

Viral! Seorang maling berhasil diamankan warga dan ditakut-takuti ular. #fyp #viral #tiktokberita

♬ original sound – Akuratco – Akuratco

Menurut Tribunnews, pencuri itu awalnya ditangkap sebelum dikurung di dalam sebuah bilik.

Lebih menggelikan hati, tuan rumah tersebut cuba menakutkan individu dengan menggunakan ular yang dihulurkan melalui lubang di atas pintu.

Tuan rumah kemudian cuba menakut-nakutkan individu berkenaan dengan menggunakan ular.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki berbaju merah jambu berdiri di hadapan pintu bilik yang tertutup rapat, dan kedengaran suara lelaki menjerit dari bahagian dalam.

Kalau sudah fobia ular memang tak kira sama ada haiwan tersebut palsu atau tidak pastinya akan merasa ngeri dengan situasi tersebut.

Terdengar suara pencuri meminta dirinya dilepaskan dari bilik tersebut dan mengetuk pintu dengan sekuat hati.

Ular itu bagaimanpun hanya dipegang dan tidak dilepaskan ke dalam bilik malah mereka yang memerhati dari luar hanya ketawa melihat situasi tersebut.

Netizen turut meminta video selanjutnya untuk melihat reaksi apabila pencuti itu dilepaskan namun tiada video lain dimuat naik.

Baca juga: Telinga budak 13 tahun putus, digigit rakan kerana enggan dengar bacaan mengaji