Nik Nazmi pula letak jawatan menteri selepas Rafizi

Oleh ROSLAN ZAMAN

Menteri sumber asli dan kelestarian alam Nik Nazmi Nik Ahmad sebentar tadi meletakkan jawatan selepas rakan kemnya Rafizi berbuat demikian.

Nik Nazmi yang juga sekutu Rafizi berkata dia telah menghantar surat peletakan jawatan berkuat kuasa 4 Julai kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Katanya sambil akui menjawat jawatan menteri selaras dengan kedudukannya sebagai naib presiden sebelum ini, dia akui harus akur dengan keputusan pemilihan parti tersebut selepas tewas.

“Namun begitu, saya sedar bahawa kedudukan saya ketika itu sebagai Naib Presiden KEADILAN merupakan antara pertimbangan utama dalam pelantikan saya ke Kabinet.”

“Memandangkan saya tidak berjaya mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti baru-baru ini, saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri.”

“Memandangkan saya tidak berjaya mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti baru-baru ini, saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai menteri,” katanya