Pulau Ketam terletak kira-kira 20 kilometer dari Pelabuhan Klang dan ia merupakan sebuah pulau yang dihuni lebih kurang 6,000 orang. Terdapat dua buah kampung di sini iaitu Kampung Ketam dan Kampung Sungai Lima. Pulau Ketam mendapat nama sempena terdapatnya banyak ketam di laut persekitarannya dan ia merupakan tangkapan utama nelayan pulau ini, selain hidupan laut yang lain.
Justeru, Pulau Ketam menjadi destinasi pilihan bagi mereka yang meminati makan laut selain untuk bersiar-siar menikmati persekitaran yang cantik dan menarik. Di sini banyak gerai yang menyediakan makanan laut yang segar dan enak.
Perjalanan dari daratan ke Pulau Ketam jika menaiki feri laju adalah lebih kurang 35 minit. Di Pulau Ketam tidak ada kenderaan darat seperti kereta dan motorsikal, semua pergerakan hanyalah dengan berjalan kaki. Masyarakatnya berbilang kaum dan hidup dalam keadaan harmoni.








