Pemain sayap muda sensasi, Arif Aiman merekodkan nilai pasaran yang jauh lebih tinggi berbanding Akhyar Rashid sekaligus mencatatkan jurang ketara antara mereka.
Pemain berusia 22 tahun itu menjadi tunjang utama di bawah kendalian Hector Bidoglio.
Akhyar yang kini dipinjamkan ke Terengganu FC bersama Safawi Rasid mula mencatatkan pencapaian membanggakan.
Arif telah merekodkan satu gol dan 4 bantuan gol setelah pulih daripada kecederaan yang memaksa beliau diketepikan daripada beberapa perlawanan.
Memetik laporan makanbola, kemas kini oleh laman Transfermarkt meletakkan nilai Arif Aiman pada harga USD 550,000 atau RM2.68 Juta) ketika ini.
Nilai ini mencatatkan perbezaan besar berbanding Akhyar Rashid yang memiliki nilai pasaran setinggi USD 200,000 RM 973,180.
Kedua-dua pasukan ini menjadi tunjang utama skuad Harimau Malaya dan dijangka membarisi skuad kendalian Pau Marti bagi Pestabola Merdeka 2024.
Baca juga: Gaji cecah RM11,000 sejurus tamat pengajian, gadis ini bongkar rahsia ‘income’ lebat