Noraini menang majoriti mudah Ketua Wanita UMNO tewaskan Shahrizat

Oleh MALAYSIADATELINE

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini mengesahkan beliau mempertahan jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO.

Noraini menerusi hantaran Facebooknya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Wanita UMNO seluruh negara yang menyokong beliau sebagai ketua sayap itu dalam pemilihan parti. 

“Alhamdullillah. Segala puji hanya bagi Allah SWT. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Wanita UMNO di seluruh negara serta sahabat #SusahSenangBersama di atas sokongan dan kepercayaan kepada saya sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia.

“Ayuhlah, bersama kita meneruskan pemerkasaan Wanita untuk ke tahap lebih tinggi menjadi realiti!” katanya. 

Noraini menewaskan pencabar Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, yang membuat kemunculan semula setelah melepaskan jawatan itu pada 2018.

Keputusan rasmi pemilihan itu dijangka akan diumum Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad setelah selesai proses perkiraan undi dan penelitian dijalankan, hari ini.

Pemilihan UMNO akan berakhir pada 18 Mac 2023 dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi laman Twitternya hari ini memaklumkan Noraini memperoleh undi 98 Bahagian iaitu melepasi 96 undi untuk memperoleh majoriti mudah daripada 191 Bahagian, manakala Shahrizat mendapat 64 undi Bahagian. 

Ini adalah berdasarkan keputusan tidak rasmi Pemilihan UMNO 2023 peringkat sayap setakat 1 tengah hari. 

Selain itu, bagi jawatan Naib Ketua Wanita, Norliza Abdul Rahim memperoleh 105 undi menewaskan Rosni Zahari yang meraih 56 undi. 

Bagi jawatan Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mendahului dengan 76 undi meninggalkan empat pencabar termasuk Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang mendapat 31 undi dan Dr Masliha Harun (28 undi) setakat ini.

Bagi jawatan Naib Ketua Puteri pula, Siti Sokhleha Nordin mendahului dengan 97 undian, jauh meninggalkan pesaing Puteri Farhana Megat Ahmad Shahrani dan Rina Farhana Abdullah masing-masing mendapat 41 dan 28 undian.

Dr Muhamad Akmal Saleh memenangi jawatan Ketua Pemuda dengan 107 undi manakala bagi jawatan Naib Ketua Pemuda, Mohd Hairi Mad Shah mendahului dengan meraih 74 undi meninggalkan pencabar Ikmal Hazlan Ikmal Hisham (69 undi) dan Mohd Nazifuddin Mohd Najib (11 undi). 

— BERNAMA #SusahSenangBersama di atas sokongan dan kepercayaan kepada saya sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia.

— BERNAMA

Baaca juga : Imam Majlis Solat Hajat PN mengadu sedang dizalimi Perikatan Nasional dalam doa