Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman Abdullah mula mendapat perhatian ramai sejak penghijrahannya untuk menjadi muslimah yang lebih baik.
Menerusi satu temubual oleh Remaja, Norreen berkata dia kini sedang berusaha untuk menjaga pertuturan sesuai dengan imej yang dibawanya meskipun mengakui ianya agar sukar.
“Saya masih Norreen yang sama cuma kurangkan carutan, kalau boleh tak mahu dah. Sendiri-sendiri tak apa tapi kalau dekat media sosial tidaklah.
“Agak susah juga, tapi Alhamdulillah perlahan-lahan saya rasa dah tak perlu nak cakap macam tu,” katanya.
Mengimbas kembali momen-momen awal ketika suaminya mengetahui tentang perubahannya itu, Norreen berkata dia gembira dengan respon ditunjukkan suami dan keluarga.
“Saya rasa selamat dan gembira, Alhamdulillah.
“Suami bagi sokongan dan dia pun tahu saya macam mana, jadi sudah semestinya dia lagi suka bila saya bertudung. Dia pun tak cakap banyak..senyum je,” ujarnya.
Dalam pada itu, aktres berusia 30 tahun itu sempat menitipkan nasihat buat kaum hawa yang menyimpan hasrat untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Dia menasihatkan agar terus istiqamah dengan berada dekat bersama lingkungan kawan-kawN yang baik.
“Pada mereka yang baru nak berhijab ataupun sudah sampai masa untuk berubah, teruskan istiqamah dapatkan circle yang menyokong penghijrahan itu,” katanya lagi.
Baca juga: “Boleh pula ambil tempias marketing”, Starvendors jadi sasaran boikot gara-gara Ruhainies?