Abang ipar kepada Allahyarham Abam Bocey, Mohd Azmier Zmier telah membuat satu pendedahan yang mengejutkan di media sosial.
Menjadi perbincangan hangat, Azmier membongkarkan pengalaman misteri yang dihadapi keluarganya semenjak pelawak itu meninggal dunia.
Menurutnya, anak arwah Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffeey telah mula menjadi mangsa ilmu hitam iaitu sihir ketika masih bayi.
Tidak lagi mampu memendam rasa, Azmier kesal anak kecil itu dijadikan sasaran sehingga sering keluar masuk hospital.
‘Diganggu’ setiap malam, pakar perubatan juga gagal mengesan punca atau penyakit sebenar yang dihidapi Hamzah.
Azmier mendakwa, penghantar sihir itu ingin merosakkan urat saraf anak saudaranya yang berusia empat tahun itu.
“Aku dah tak boleh tahan dengan kau. Sanggup buat pada budak macam ni. Sampai dah nyawa-nyawa ikan kau buat pada Hamzah, mulut berbuih.
“Apa yang kau nak ya penyihir? Allah bersama aku, kau bermain dengan syaitan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.
Dalam hantaran yang sama, Azmier turut memuat naik video Hamzah yang dikatakan tidak lagi kuat untuk memegang sudu sendiri ketika makan nasi.
Baru-baru ini, adik Azmier iaitu Noor Hidayah mendakwa dirinya dan Hamzah telah menjadi mangsa sihir.
Hidayah turut memohon bantuan orang awam untuk menolongnya mencari perawat yang mampu menyembuhkannya.
Baca juga: Ibu ditikam, anaknya pula ditemui dalam mulut buaya