OKU cacat penglihatan menang juara Tilawah, terima hadiah banglo bernilai hampir setengah juta ringgit

Oleh KIM SYAZIE

Juara qari lelaki dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-63, September tahun lalu, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi bersyukur menerima sebuah rumah banglo daripada kerajaan Kelantan.

Banglo setingkat yang bernilai RM420,000 itu dibina di Taman Wadi Impian Ekslusif, Tanah Merah.

Muhammad Qayyim yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan sejak lahir ketika ditemui memberitahu, banglo itu menjadi hadiah istimewa buat kedua ibu bapanya.

“Alhamdulillah, saya sangat gembira menerima rumah ini dan ia merupakan satu rezeki ALLAH SWT,” katanya memetik laporan media.

Majlis penyerahan dilakukan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nussuruddin Daud.

Anak sulung daripada enam beradik itu turut mengakui tidak menyangka dapat memiliki kediaman yang sangat selesa pada usia 26 tahun.

Baca Artikel Penuh