Opai anggap beli kasut harga RM38,000 adalah momen terindah, tetapi hanya pakai 2 kali sebab ini

Oleh WAN SITI AMINAH

Usahawan yang juga pempengaruh sensasi, Aliff Awang atau lebih mesra disapa sebagai Opai mengakui dirinya gemar mengumpul barangan edisi terhad terutamanya produk berjenama mewah.

Antara barang mewah keluaran edisi terhad yang berjaya dibeli Opai sehingga menyifatkannya sebagai detik paling terbahagia dalam hidupnya adalah sepasang kasut sniker berharga sekitar RM38,000.

Difahamkan, kasut edisi terhad iaitu Dior X Air Jordan 1 itu dikeluarkan hasil dari kerjasama sebuah jenama mewah, Christian Dior bersama pengeluar pakaian sukan popular iaitu Nike.

Perkara itu didedahkan Opai menerusi satu sesi audio siar atau ‘podcast’ bersama usahawan, Mirzan Johor di mana sedutan rakaman temu bual tersebut turut dikongsikan di platform TikTok.

Walau bagaimanapun, kasut yang dibeli Opai pada tahun 2021 dengan harga ribuan ringgit itu hanyalah dipakai sebanyak dua kali berikutan ia tidak begitu sesuai untuk pemakaian seharian.

@mirzanjohor

‘Dulu beli Kasut RM38K, Pakai cuma 2 Kali je” Opai. Podcast Icon Luxe Bersama Mirzan Johor.. #podcasticonluxe #iconluxe #mirzanjohor #podcast #fyp #iconluxepodcast

♬ original sound – MirzanJohor l IconLuxe.my – MirzanJohor l IconLuxe.my

“Pada ketika itu, saya beli pada tahun 2021. Waktu itu juga kasut sniker dengan fesyen ‘streetwear’ memang tengah naik. Saya beli dengan harga RM38,000. Itulah momen terbahagia dalam hidup saya.

“Saya hanya pakai dua kali sahaja. Sebabnya kasut itu tak sedap langsung untuk dipakailah. Memang bukan untuk dipakai. Pada pendapat saya, kasut itu adalah antara yang paling tidak selesa untuk dipakai.

“Saya beli waktu itu kerana kasut tersebut adalah antara ‘karya agung’ dicipta dengan kerjasama jenama mewah. Rekaan juga lawa dengan warna dan bahannya. Senang cakap, beli kasut Nike tetapi dapat bau Dior.” Kata Opai.

Kasut edisi terhad berkenaan dikatakan belum dijual dan masih berada di dalam simpanan Opai walaupun jarang dipakai oleh suami kepada pelakon, Fatin Afeefa itu.

Baca juga: Lelaki berbaju lusuh ada aset RM4.2 juta, kerjanya cuma jadi pengemis