Operasi tembak gagak di Seberang Perai, lebih 10,000 ekor gagak berjaya dilupuskan

Oleh KIM SYAZIE

Populasi burung gagak yang begitu banyak sehingga menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar daerah Seberang Perai menyebabkan operasi secara besar-besaran telah diadakan di ketiga-tiga daerah iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Operasi tembak gagak yang dikenali sebagai Operasi Crow Sharpshooter Majlis Bandaraya Seberang Perai (Ops Cross MBSP) secara keseluruhannya telah berjaya melupuskan sebanyak 10,011 ekor burung gagak bagi tahun 2022.

15 lokasi hotspot yang telah dipilih sekitar Seberang Perai Selatan semalam mulai jam 7.30 pagi hingga 8 malam dengan kekuatan 69 orang penembak berlesen telah berjaya melupuskan sejumlah 2,812 ekor burung gagak.

Penembak terbanyak bagi operasi daerah Seberang Perai Selatan yang telah diadakan semalam ialah Zulkifli Yaacob dengan jumlah sebanyak 168 ekor dan keduanya adalah Ang Chia Chun dengan jumlah 156 ekor dan ketiga terbanyak adalah Mohd Khairul Asraf Yahaya sebanyak 138 ekor.

Manakala dalam operasi terdahulu bagi daerah Seberang Perai Tengah sejumlah 4,618 ekor burung gagak telah berjaya dilupuskan dan sebanyak 3,043 ekor pula turut berjaya dilupuskan bagi daerah Seberang Perai Utara.

Baca juga: Anak hitam ke kulit gebu ke-Hakikatnya bila jadi ibu bapa anak sendirilah paling comel

Baca juga: “Kita tak ada duit tapi kali ini ada kuasa”- Pengundi atas pagar perlu baca pesanan ini jika masih tidak mahu mengundi