Zaman sekarang orang ramai memilih untuk membeli makanan dalam aplikasi penghantaran makanan atas talian kerana lebih mudah.
Namun tidak semua kedai yang berdaftar dengan aplikasi ini dipantau sepenuhnya apatah lagi kalau kedai di rumah sendiri.
Seorang pengguna Facebook memuat naik sekeping gambar pembuat pizza ‘homemade’ yang tidak berbaju semasa menyiapkan makanan pelanggan.
Alasan yang diberikan bila ditanya mengapa hanya berseluar pendek adalah kerana terlalu panas.
Bayangkan pizza yang anda makan itu dibuat tanpa mengikut Garis Panduan dan Operasi Standard (SOP), jangan terkejut kalau terjumpa bulu.
“Ni baru sat (kejap) tadi, baik punya Pakistan uli doh pizza pakai seluar pendek, tak pakai baju, berpeluh.
“Ni pun meniaga dari rumah juga lepas saya rekod video, mengelupur dia pakai baju lepas tu kejar saya sampai ke bawah,” tulisnya pada hantaran tersebut.
Disebabkan kesian, pemilik Facebook itu tidak mendedahkan kedai atau nama dalam aplikasi kepada umum walaupun didesak orang ramai.
“Apa nama pizza tu bro? Hang (anda) dah kira bersubahat, kalau tak bagitahu, kena pula ada yang masuk kecemasan sebab makanan tu, entah salmonela pun ada,” komen Hasz Noh.
“Post ja la, benda macam ini bukan setakat puak (orang asing) sahaja yang pengotor.
“Orang kita sendiri juga kurang kesedaran dengan kewujudan puak ini sebab tu mereka boleh ‘membiak’,” tambah Rizan.
Diharapkan ada pihak bertanggungjawab memantau penjual makanan yang beroperasi dari rumah, bimbang hal begini berlaku tanpa disedari pembeli.
Baca juga: iPhone generasi pertama akan dilelong pada harga lebih RM200,000