Kelantan sering dianggap antara negeri paling miskin di Malaysia. Orangnya dilihat ramai yang berhijrah ke lembah klang untuk mencari rezeki. Lihat sajalah di Kuala Lumpur dan Selangor, mana-mana pejabat pun mesti ada orang Kelatan.
Namun ramai yang tak tahu warga Kelantan khususnya ‘mek kelate’ sebenarnya berbelanja untuk membeli emas hampir 500 kilogram untuk dijadikan simpanan dan perhiasan.
Memetik dari Utusan Malaysia, jualan emas di Kelantan masih boleh atasi jualan emas di Kuala Lumpur dan Selangor jika digabungkan iaitu hanya sekitar 400 kilogram sahaja.
Mengikut data, orang Kelantan membeli emas sekitar RM200 Juta sebulan, kata Pengrusi Taman Emas Malaysia seperti dipetik Utasan Malaysia.
“Orang Kelantan melihat emas sebagai satu bentuk simpanan, yang mendorong permintaan tinggi terhadap barang kemas,” katanya.
“Terdapat pepatah (Melayu) yang lazim di kalangan wanita di sini — simpan emas, walaupun sekecil janggut udang. Ini mencerminkan betapa mendalamnya pemilikan emas tertanam di kalangan Mek Kelate,” kata Zulkifli.