Orang Singapura cari penebar roti canai, tawar gaji RM5,000 ke atas bersama tempat tinggal

Oleh WAN SITI AMINAH

Satu iklan pencarian penebar roti canai yang diterbitkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris telah berjaya menarik perhatian ramai, baru-baru ini.

Mana tidaknya, tawaran ‘kerja kosong’ daripada negara seberang iaitu Singapura itu datang bersama gaji lumayan bernilai RM5,000 ke atas dan tempat tinggal percuma.

Bukan itu sahaja, penebar roti canai yang beragama Islam juga seperti dialu-alukan untuk memohon memandangkan majikan turut menyediakan surau di tempat kerja.

Malah makanan juga akan disediakan secara percuma khusus untuk rakyat Malaysia yang berminat menyumbangkan bakat membuat roti canai kepada negara seberang.

Walau bagaimanapun, iklan yang hanya disertakan dengan nombor telefon itu tidak menyatakan nama syarikat atau lokasi sebenar perkhidmatan tersebut diperlukan.

“Jawatan kosong di Singapura untuk pembuat roti canai. Gaji RM5,000 dan ke atas. Surau, tempat tinggal dan makan disediakan,” tulis iklan diterbitkan New Straits Times, semalam.

Baca Artikel Penuh