Ozlynn serah ‘tugas’ pada Johan, tak pandai seterika baju kerana diurus bapa sejak kecil

Oleh WAN SITI AMINAH

Siapa sangka, Johan masih sempat menjalankan tanggungjawab melakukan kerja rumah di tengah kesibukannya sebagai selebriti, pelawak dan juga penyampai radio.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh isteri, Ozlynn Waty yang juga merupakan seorang pelakon menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya, @jozlynnhanania.

Dalam perkongsian tersebut, Ozlynn dilihat sedang merakam suaminya iaitu Johan yang sedang menyeterika pakaiannya ketika mereka menginap di sebuah inap desa.

Walaupun sempat merungut dalam nada seloroh, Johan juga dilihat langsung tidak keberatan untuk menunaikan permintaan isterinya untuk melakukan kerja rumah itu.

Jelas Ozlynn dalam ruangan kapsyen, pemilik nama sebenar Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz itu telah mengambil alih tugas tersebut sejak dari awal perkahwinan.

“Memang kalau pergi mana-mana tanpa pembantu, dia (Johan) yang akan menolong iron (menggosokkan) baju saya. Memang kami sudah berbincang sejak dahulu lagi.

Baca Artikel Penuh