Pak Cik petai cerita kisah menghayat hati…

Oleh ROSLAN ZAMAN

Semalam tular kejadian seorang warga emas yang meniaga di kaki lima jalan membaling petai jualannya di jalanan akibat terlalu marah dengan pihak penguasa yang menghalang dirinya meniaga.

Selepas kisahnya tular, pakcik petai yang juga bernama Mohd. Noor telah menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G. Rajasekaran yang mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Selepas diselidik kisahnya, rupanya pak cik ini bergelut untuk membiayai kos pembedahan isterinya yang menghidap masalah selaput mata. Difahamkan, kos pembedahan itu dianggarkan sekitar RM1,500.

“Saya sekarang dalam usaha kumpul duit untuk pembedahan membuang selaput mata kiri isteri di hospital kerajaan. Anggaran kos dahulu sekitar RM1,500. Itu yang saya meniaga juga kecil-kecilan..”- Katanya.

Turut hadir dalam lawatan ke rumahnya ialah Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Hasnor Abdul Hamid serta beberapa wakil majlis termasuk Unit Penguat Kuasa dan Perlesenan.

Difahamkan juga walaupun menerima bantuan bulanan warga emas sebanyak RM500, jumlah itu masih tidak cukup untuk menampung kehidupannya. Disebabkan itu, beliau berharap dapat terus berniaga demi mencari rezeki yang halal buat keluarga tercinta.

baca: Peniaga petai tular dapat ganti rugi, lesen sementara untuk meniaga secara sah