Tular sebelum ini perkongsian seorang guru dikenali sebagai CIkgu Farey bertanya kepada murid-murid apakah makanan yang mereka mahu cuba.
Rata-rata menjawab pizza dan burger, makanan yang dilihat sebagai satu benda mudah didapati namun buat orang lain adalah sukar.
Disebabkan itu syarikat Pak Mat Western memilih untuk menghadiahkan set buat para pelajar di sekolah tersebut bagi memenuhi permintaan murid-murid di sekolah berkenaan.
“Ini seribu set untuk murid-murid Cikgu Farey. Alhamdulillah, kita bawa satu box ni, isinya ayam goreng, burger dan juga air,” jelas pekerja Pak Mat Western.
Menerusi satu video lain, kebanyakan murid-murid dilihat tidak mahu makan di sekolah kerana mahu berkongsi bersama ahli keluarga lain.
Rata-rata netizen turut sebak melihat murid-murid tersebut yang memilih untuk menyimpan makanan mereka untuk dibawa pulang.
“Sedihnya nak simpan untuk mak, entah dia sendiri pun terliur tapi teringat dan nak kongsi dengan mak biar sama merasa.
“Semoga Allah berikan rahmat dilimpahkan rezeki buat Pak Mat Western. Buat cikgu Farey diatas kebaikan dibalas pahala oleh Allah. Berkongsi rezeki buat anak murid mendapat berkat dalam kehidupan.
“Kenapa sedih sangat ni. Semoga Pak Mat Western dimurahkan rezeki dan juga cikgu Farey,” antara komen netizen.
Baca juga: Anak perantau dedah 10 sisi hitam tinggal di luar negara, nombor 10 jauh beza dengan Malaysia