Pakai baju nampak ‘lurah’, Sophia Albarakbah tak kisah kecaman, hanya gayakan baju tajaan

Oleh MALAYSIADATELINE

Sudah menjadi kebiasaan untuk para selebriti mengenakan busana tajaan daripada mana-mana pihak.

Namun ramai juga yang tidak endah akan aurat yang jelas terpampang atas alasan hanya mengenakan baju tajaan.

Pelakon yang pernah terpalit kontroversi, Sophia Albarakbah tidak peduli dengan kecaman netizen mengenai penampilan dalam satu acara fesyen baru-baru ini lapor Kosmo! Online.

Jelas pelakon berusia 31 tahun itu, busana yang digayakan adalah tajaan daripada pereka fesyen dan dia tidak pernah akan kecaman dilempar terhadapnya.

“Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa tentang isu ini sehinggalah seseorang memberitahu saya. Saya hanya menggayakan baju yang ditaja.

“Terima kasih kepada semua yang prihatin tentang penampilan saya. Doakan yang terbaik, saya akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Dalam pada itu, sebagai selebriti, Sophia sedar dia tidak dapat mengelak kecaman disebabkan statusnya sebagai seorang selebriti.

“Kita tidak boleh elak daripada kecaman orang, bukan sesuatu yang baharu malah, nanti akan ada lagi orang bercakap tentang saya.

“Saya tahu sebagai ‘public figure’, kita perlu berdepan dengan kecaman-kecaman ini.

“Saya tidak sengaja cetuskan kontroversi dan hidup macam biasa sahaja tetapi orang yang memilih untuk bercakap tentang saya,” ujarnya.

Baca juga: Papar hidup mewah di media sosial, kira-kira 50 selebriti sebenarnya berstatus muflis