Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila ada individu yang menggunakan nama Masyitah Ashari di facebook mendedahkan program berunsur seks di kelas pakar motivasi terkenal.
Dakwa Masyitah, pakar hubunga intim itu dalam programnya didakwa menyuruh peserta perempuan berbogel dan bercium mulut antara satu sama lain.
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, berkata program sedemikian yang menggalakkan gaya hidup bertentangan fitrah insan dan kekeluargaan bukan sahaja menyimpang, malah mengancam asas perkahwinan serta peranan semula jadi lelaki dan wanita dalam institusi keluarga.
“IKIM memandang serius isu program motivasi dan pembangunan diri yang mencetuskan kebimbangan awam, terutama yang menyentuh hal kekeluargaan dan kesejahteraan individu.
“IKIM ingin menegaskan bahawa Islam adalah agama yang syumul meliputi setiap aspek kehidupan termasuk urusan peribadi, kekeluargaan, kemasyarakatan dan hubungan dengan Allah SWT.
“Oleh itu, setiap program motivasi atau usaha pembinaan diri mestilah berlandaskan ajaran Islam yang sahih serta mengangkat nilai moral dan akhlak yang terpuji,” katanya dalam kenyataan.
Semalam juga, pempengaruh Caprice juga menggesa pihak berkuasa menyiasat kes ini dengan serius.
baca: Terengganu bersedia ikut jejak langkah Perlis, isytihar GISBH sebagai ajaran sesat