Pakar sejarah, Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling dilaporkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam, Selangor hari ini.
Mengikut sumber, bekas Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.30 pagi.
UM dalam satu hantaran di Facebook turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian beliau.
“Allahyarham yang merupakan mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya, telah meninggalkan jasa dan sumbangan besar dalam pembangunan akademik serta kebajikan pelajar sepanjang tempoh khidmatnya.
“Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat dirasai oleh warga Universiti Malaya dan seluruh dunia akademik.
“Sumbangan Allahyarham kepada pendidikan sebagai Pakar Sejarah serta kepemimpinan beliau akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi kini dan akan datang,” tulis hantaran tersebut.
baca: Arif Aiman tersenarai di tangga kedua penjaring terbanyak kalahkan Ronaldo