Pakatan Harapan akan melancarkan perjanjian rasmi pada 9 Januari ini yang akan ditandatangani bersama oleh tiga parti, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Demokratik Rakyat (DAP) dan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi mengelakkan berlakunya kesulitan yang tidak diduga sebagaimana dalam Pakatan Rakyat.
Laporan media menyebut perjanjian ini adalah penting kerana ia mengandungi mekanisme untuk menguruskan perbezaan di antara tiga parti sekiranya berlaku pertikaian dan bagaimana untuk menguruskan pakatan dalam pilihanraya dengan parti-parti politik diluar pakatan itu seperti PAS.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dipetik sebagai berkata, Pakatan Harapan bersetuju membentuk satu pakatan rasmi dengan parti Islam konservatif itu tidak dapat dielak kerana gabungan itu mahu mengelak daripada pertandingan pelbagai penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.
Rafizi yang terlibat dalam penggubalan perjanjian ini menyatakan terdapat juga penekanan yang jelas mengenai keperluan untuk menangani apa-apa “masalah berbangkit” dalam gabungan itu.
“Sebagai contoh, tidak lagi menjadi pemahaman ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ seperti yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Kita perlu menangani isu-isu dan mencari kata sepakat.
“Perjanjian itu juga sehingga ke satu tahap tertentu bagaimana setiap pihak bekerja secara luaran, dan juga bagaimana ia memudahkan hubungan kerja di antara ketiga-tiga parti.
“Terdapat satu artikel khas hanya untuk menangani dan menguruskan hal-hal berkaitan seorang ahli tidak menunjukkan rasa hormat atau serangan ahli parti lain dalam Pakatan Harapan,” ujarnya.
Rafizi berkata beliau berharap perjanjian gabungan itu akan mengerakkan Pakatan Harapan ke arah menjadi lebih “organisasi-centric” dan kurang fokus kepada personaliti politik.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub pula dipetik berkata, perjanjian itu juga akan menetapkan peraturan yang jelas bagi setiap pihak jika mereka memilih untuk membentuk pakatan pilihan raya dengan parti-parti politik lain seperti PAS.
“Pakatan Harapan akan cuba yang terbaik dalam apa jua cara untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru, tetapi apa-apa bentuk kerjasama dengan mana-mana parti politik perlu dibincangkan dan disahkan terlebih dahulu.
“Sebagai contoh, jika anda (PKR) mahu mempunyai pakatan pilihan raya dengan pihak tertentu (PAS) ia mesti dibawa ke Majlis Presiden Pakatan Harapan terlebih dahulu dan mesti ada kata sepakat berhubung dengan syarat-syarat kerjasama dengan pihak itu sebelum boleh meneruskan kerjasama.
“Tiada keputusan unilateral,” katanya.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah pula berkata, perjanjian gabungan itu berada di peringkat akhir yang sedang dirangka, dan Majlis Presiden akan bertemu sekali lagi untuk membincangkan perkara itu sebelum majlis menandatangani perjanjian itu dibuat pada 9 Januari.
“Majlis Presiden akan bertemu pada 5 Januari ini. Kami merancang untuk mengadakan Persidangan Pemimpin Pakatan Harapan pada 9 Januari 2016, di mana perjanjian itu dijangka ditandatangani tiga parti.
“Sehingga saat itu , saya tidak sepatutnya mendedahkan apakah isi kandungan perjanjian itu, “katanya sebagaimana dipetik dari Malaymail online hari ini.