Paling ‘rare’! Lelaki kongsi dapat duit raya 10 sen dari Mahathir 29 tahun dulu

Oleh ROSLAN ZAMAN

Seorang lelaki hari ini berkongsi kenangan lama yang dianggap paling ‘rare’ oleh orang ramai. Siapa sangka 29 tahun dahlu lelaki ini masih menyimpan duit raya yang diberi oleh Perdana menteri waktu itu iaitu Tun Mahathir Mohamad.

Sambil berkongsi kata-kata, “Generasi sekarang dah tak ada duit raya macam ni”, duit raya syiling yang dibungkus elok dilihat masih sempurna sehingga sekarang. Netizen yang melihat hantaran lelaki itu menjadi teruja dengan perkongsiannya.

Duit syiling 10 sen yang semuanya berjumlah RM3 itu dibungkus dengan kertas berbentuk silinder.

Lelaki yang menggunakan nama @Syamil Shuib berkongsi di media sosial dia menerima duit raya tersebut ketika berusia sekitar enam tahun.

“Ketika itu, umur saya dalam lima atau enam tahun. Ada gambar seorang budak berdiri di hadapan Tun, memakai songkok dan baju Melayu—itulah saya,” katanya.

@syamil.shuib Duit Raya Tun bagi dekat saya 29 tahun yang lalu, Terima Kasih @chedetofficial 🤝 Generasi sekarang mungkin dah tak jumpa duit raya macam ni 😁 #fyp #tunmahathir #duitraya ♬ Seribu kemanisan – Bulan&Angkasawan

Syamil turut berkongsi bahawa duit raya serta gambar bersama bekas Perdana Menteri itu masih disimpan dengan baik oleh ibu bapanya sebagai kenangan berharga untuk masa hadapan.

“Ibu dan ayah saya yang menyimpannya. Kebetulan saya pulang ke rumah mereka, mereka tunjukkan duit itu bersama gambar saya ketika kecil dengan Tun,” tambahnya.

Perkongsiannya itu menarik perhatian ramai, malah ada yang menganggapnya sebagai ‘khazanah’ yang sangat berharga. Tidak kurang juga yang menawarkan RM50,000 untuk mendapatkan duit raya tersebut.

“Saya nak beli dengan harga RM50,000,” kata seorang netizen

“Wah, dibalut dengan kertas ke tu? Muzium Negara pasti berminat! Tambahan pula, ini pemberian Tun, memang berharga,” ujar @GunieBuruk.

baca: sabu mahathir anwar