Cuaca panas terik di Malaysia memang panas kebelakangan ini, baru saja buka pintu kereta, rasa macam disambut gelombang haba, macam tengah berdiri depan api BBQ!
Pusing aircond tahap maksimum pun masih belum cukup nak lawan bahang, apatah lagi kalau kereta anda ‘berjemur’ di bawah matahari sepanjang hari.
Silap hari bulan, nak duduk pun kena berhati-hati, tempat duduk dan stereng panas macam besi atas dapur!
Rupanya ada cara nak sejukkan kereta dengan cepat, ikuti tip dikongsikan pemilik akaun TikTok @altimatsaujana.
Setiap kenderaan, tidak kiralah ‘upgrade’ atau tidak ada satu butang untuk memastikan udara luar boleh masuk ke dalam (gambar butang di bawah).

Sebelum tekan butang penyaman udara tu pastikan tekan atau pusing ke arah simbol di atas dan biarkan beberapa minit hingga bahan mula berkurang.
Selepas itu boleh hidupkan penyaman udara seperti biasa dan kereta lebih cepat sejuk daripada anda hanya buka aircond tanpa memusingkan butang tersebut.
Ada juga netizen yang berkongsi tip mereka di ruangan komen.
“Buka semua tingkap kecuali pintu pemandu pastu hayung pintu di tempat pemandu tu buka tutup, buka tutup. Tak sampai 10 saat dah sejuk,” komen seorang pengguna TikTok.
“Kalau korang dah buka udara luar tu hati-hati. Pastikan off balik pakai udara dalam. Nanti korang sedut asap debu jalan,” komen pengguna lain.
Baca juga: Sembang mampu kahwin empat, sekali kantoi beli barang dapur guna MyKasih