Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa parti-parti politik pembangkang di negara ini tinggalkan pendekatan politik purbakala yang hanya berasaskan emosi sehingga hilang pertimbangan untuk mengenali kawan atau lawan.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, sekiranya semua parti pembangkan bersetuju untuk berlawan `satu lawan satu’ dengan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum akan datang, maka pendekatan politik berasaskan kepada muafakat, perundingan dan persefahaman mesti diusahakan dalam masa terdekat.
“Amanah telah berikan komitmen bersama parti-parti dalam Pakatan Harapan sentiasa terbuka dan bersedia memberikan segala pengalaman dan kebolehan sedia ada capai kejayaan bersama,” ujarnya.
Justeru katanya lagi, menjadi kewajiban Amanah dan Pakatan Harapan untuk memenuhi aspirasi rakyat yang kini hidup dan nasih mereka semakin tertekan denan pelbagai masalah ekoran kegagalan pentadbiran BN.
“Sebaliknyaa jika i hasrat untuk bertanding semua kerusi dengan tidak memperhitungkan faktor-faktor kemenangan adalah ibarat “pucuk dicita ulam mendatang’ bagi Umno,” ujarnya.