Parti Islam Se-malaysia (PAS) akan terus kekal dengan dasar Islam dan tidak mungkin parti itu dengan dasar pragmatic dan nasionalisme yang menjadi dasar perjuangan Umno selama ini.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerjasama dengan Umno tidak mungkin berlaku kerana sejak Umno ditubuhkan hingga kini masih menjalankan penindasan dan kezalimaan kepada ahli dan kepimpinan PAS.
“Kelantan terus ditekan sehingga hasil petroleum disedut namun royalti yang ditandatangani terus dinafikan. Terengganu di saat PAS menang terus dinafikan hak royalti.
“Enakmen Jenayah Syariah yang dijanjikan akan disokong terus dinafikan untuk dibentang. Apakah PAS akan percaya di saat UMNO tertekan mereka mencari PAS.
“PAS tidak akan menjadi penyelamat kebobrokan dalam Umno,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang mahukan kerjasam antara PAS dan UMNO dibuat di saat kemelut yang melanda dalaman parti keramat orang Melayu itu.
Malah beliau berpandangan ia hanyalah satu usaha mengalih isu sebenar yang sedang melanda Perdana Menteri itu.