Pastikan 6 benda asas ini wajib ada ketika anda kuarantin di rumah

Oleh NASUHA RAHMAN

Saat ini penularan Covid-19 semakin menggila dan negara pernah mencatat lebih 30,000 kes sehari.

Ini sudah tentu menggusarkan setiap rakyat negara ini sehinggakan cuak untuk bergerak ke sana ke sini apatah lagi bekerja yang menjadi tuntutan wajib setiap keluarga.

Tanpa disedari tiba-tiba positif walaupun tidak bergejala, dibimbangi virus itu menular dalam kalangan orang di sekeliling.

Pastikan 6 benda asas ini wajib ada ketika anda kuarantin di rumah
Ahli farmasi ini kongsi kelengkapan asas yang perlu ada ketika kuarantin di rumah

  • Justeru, ramai yang telah mendapat keputusan positif setelah membuat ujian saringan Covid-19 sama ada menggunakan Polymerase Chain Reaction (PCR) mahupun Rapid Test Kit (RTK).

Sekiranya dijangkiti tetapi tidak mempunyai sebarang simptom atau gejala yang tidak teruk, anda perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Oleh itu, pesakit perlu membuat beberapa persiapan dengan menyediakan enam kelengkapan asas ketika menjalani kuarantin di rumah seperti yang dikongsikan oleh ahli farmasi, Huda Kamsani di akaun TikTok.

Enam benda asas yang diperlukan adalah:

  1. Thermometer – untuk periksa suhu badan dua kali sehari.
  2. Oximeter – untuk periksa oksigen dan kadar denyut nadi dua kali sehari.
  3. Difflam – untuk melegakan sakit tekak.
  4. Paracetamol – untuk turunkan suhu badan (ambil dua kali sehari).
  5. Prospan/Bromhexine – untuk melegakan batuk.
  6. Vitamin C – untuk meningkatkan imuniti badan.